• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar India Digesa Rebut Tempat Latihan Berteraskan Kemahiran

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelajar India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf, digesa merebut tempat ke kolej komuniti, politeknik dan pusat latihan yang berteraskan bidang kemahiran.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata sistem pendidikan dan latihan seperti itu mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi selepas pelajar menamatkan pengajian.

“Kepesatan pembangunan negara dalam pelbagai sektor seperti bidang kejuruteraan serta elektrik dan elektronik memerlukan pekerja mahir.

“Menerusi pendidikan seperti ini, siswazah daripada kalangan masyarakat India berpontensi dan mempunyai lebih banyak peluang untuk bekerja dalam bidang yang memerlukan kemahiran tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jerayawara Pendidikan India Malaysia di Pusat Latihan Mengajar CIAST, di sini hari ini.

Beliau berkata siswazah yang berkemahiran tinggi mampu mengurangkan kebergantungan syarikat tempatan terhadap tenaga kerja asing.

Kamalanathan berkata kerajaan turut memerlukan lebih ramai tenaga mahir bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang 2020.

“Selain usaha kementerian memberi maklumat berkaitan sistem pendidikan teknik dan vokasional kepada para pelajar, kita juga mahu ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyertai bidang pendidikan ini.

“Sistem pendidikan ini bukan sahaja berupaya mendapatkan peluang pekerjaan tetapi penting bagi negara mencapai status negara maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Indiapelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd