• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loji Sungai Semenyih Beroperasi Semula Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihentikan operasinya 8.30 malam tadi berikutan peningkatan parameter mangan dan ammonia di sungai itu, kembali beroperasi sepenuhnya pagi Jumaat.

Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Zaidy Abdul Talib dalam kenyataan hari ini berkata, bekalan air pulih berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah meningkatkan semula pengeluaran air terawat kepada tahap normal, sejak 6.15 pagi tadi.

“Pada 6.15 pagi LRA dapat beroperasi sepenuhnya dan pengepaman air bersih sebanyak 682 juta liter sehari ke tangki air simpanan telah dimulakan,” katanya.

Berikutan penutupan sementara loji tersebut, sebahagian pengguna di 61 kawasan di Wilayah Petaling (143,098 pintu rumah); 209 kawasan di Wilayah Hulu Langat (143,413 pintu rumah); 75 kawasan di Wilayah Kuala Langat (47,147 pintu rumah) dan 85 kawasan di Wilayah Sepang (61,469 pintu rumah) mengalami gangguan bekalan air.

Penutupan operasi loji rawatan air itu kini masuk kali keempat dilakukan dalam tempoh dua bulan setelah Sungai Semenyih mengalami pencemaran yang sama hingga menyebabkan operasi loji tersebut dihentikan pada 15 Feb, 3 Mac dan pada 7 Mac lepas.

– BERNAMA

Tags: loji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Loji Digantung JAKIM Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia

19/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia hanya bergantung sebanyak 18 peratus bekalan daging import dari loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal,...

Loji Jana Kuasa Arang Batu TNB Disambungkan Ke Grid Nasional

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Unit 1 loji jana kuasa arang batu Jimah East Power Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd