• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tipu AS$150,000: Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang tunai AS$150,000.

S. Ponnusamy, 45, didakwa menipu Muhamad Afizal Mohamad Harun, 27, juga ahli perniagaan, dalam urusan pertukaran mata wang asing hingga mendorong beliau menyerahkan sejumlah wang tersebut di Wisma Mohamed Ebrahim, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 3.30 petang, 9 Jan lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, dengan sebatan, serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya S. Nithiya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh tidak dibenarkan sebarang jaminan, namun peguam Nur Aziatul Nadia Roslan yang mewakili Ponnusamy merayu kerana tertuduh perlu menyara dua orang anak yang masih bersekolah manakala isterinya tidak bekerja.

“Tertuduh juga telah membayar balik sebahagian daripada jumlah wang itu dan memohon sedikit masa untuk memulangkan semua wang namun tidak dipersetujui oleh pihak yang terlibat.

“Isteri tertuduh yang hadir hari ini hanya mempunyai RM2,500 untuk menjamin suaminya,” kata Nur Aziatul Nadia.

Hakim Norsharidah Awang kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 20 April depan untuk sebutan kes. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahkes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd