• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyamun Gemuk, Rongak, Pakai Kopiah.. Diburu Polis

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seorang lelaki gempal bergigi rongak serta berkopiah, dipercayai mendalangi beberapa kegiatan samun dengan menyamar sebagai pegawai kerajaan dan mensasar wanita serta warga emas yang tinggal bersendirian di pedalaman daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya sudah menerima beberapa laporan mengenai kes samun barang kemas dan wang tunai berjumlah puluhan ribu ringgit sejak awal tahun ini.

Menurutnya, penjenayah terbabit mensasar rumah kampung di kawasan terpencil, terutama didiami warga emas atau wanita dan berpura-pura kononnya kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal yang mahu menguruskan permohonan bantuan.

‘“Selepas mangsa terpedaya, mangsa diarah menanggalkan barang kemas yang dipakai untuk mengambil gambar sebelum suspek pura-pura dahaga dan menyuruh mangsa mengambil air sementara suspek mengisi borang permohonan mangsa.

“Ketika mangsa menyediakan minuman, suspek melarikan diri dengan barang kemas, wang tunai dan barangan berharga lain,” katanya di sini semalam.

Omar Bakhtiar berkata, suspek dipercayai berbadan gempal, berpakaian kemas, berkopiah, bergigi rongak di depan dan bermotosikal serta berusia antara 30 hingga 40-an.

“Kejadian ini banyak terjadi di kawasan kampung dan rumah terpencil dengan mangsanya ialah warga emas dan wanita.

“Polis memandang serius kes ini dan meminta kerjasama orang ramai untuk segera menghubungi Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian, Inspektor Marzuki Mat di talian 013-911 6222 jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihat lebih berhati-hati jika didatangi individu tidak dikenali mendakwa sebagai pegawai kerajaan dan mereka boleh merujuk dengan pihak berkuasa sekiranya mencurigai individu terbabit.

– myMetro Online

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd