PARIS – Polis menemui empat mayat bayi dalam pendingin beku di sebuah rumah di selatan Perancis selepas seorang lelaki melaporkan penemuan mayat bayi dalam beg penyejuk di rumah keluarganya, menurut sumber polis.
Polis menggeledah rumah berkenaan yang terletak di Louchats, berhampiran Bordeaux, petang semalam selepas selepas lelaki berkenaan melaporkan beliau menemui mayat seorang bayi di kediamannya.
Lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu polis bahawa beliau tidak tahu sama ada isteri beliau mengandung.
Wanita berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pemeriksaan perubatan. – Reuters

