• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Juta Disalur Bantu 15,868 Warga Kementerian Pendidikan

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis menyampaikan bantuan RM1 juta bagi membantu 15,868 warga Kementerian Pendidikan yang terjejas akibat banjir besar tahun lepas.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata peruntukan itu diperoleh daripada tabung bantuan bencana melalui Tabung Persatuan Sukan dan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan 5 Jan lepas.

Katanya objektif tabung bencana itu adalah untuk memberi bantuan sumbangan kewangan kepada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), guru dan Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) yang merupakan mangsa banjir.

“Seramai 15,868 pegawai JPN atau PPD, guru dan AKP yang terjejas bencana banjir tahun lepas.

“Daripada jumlah itu, 205 orang dikategorikan terjejas pada tahap sangat kritikal manakala 15,663 orang pada tahap sederhana kritikal,” katanya pada majlis penyampaian bantuan itu di Menara Parlimen, Parlimen, di sini.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan replika cek sumbangan kepada pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Muhyiddin berkata peruntukan itu diagihkan kepada mangsa banjir kategori sangat kritikal dengan jumlah RM500 seorang.

Selain itu, agihan peruntukan bagi kategori sederhana kritikal diserahkan kepada JPN untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terlibat banjir, katanya.

Beliau berkata JPN Kelantan menerima bantuan RM559,500 diikuti Terengganu (RM160,000), Pahang (RM71,500), Sabah (RM64,000) dan masing-masing RM24,000 bagi JPN Perak dan Sarawak.

“Harapan Kementerian Pendidikan sumbangan bantuan kewangan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini khususnya dalam kalangan pegawai JPN atau PPD, guru dan AKP,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd