• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anifah Nafi Terima Wang Dari UKSB

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas menteri luar negeri Anifah Aman berkata dia terkejut kerana dikaitkan sebagai antara ahli politik yang menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

“Dilaporkan nama saya telah direkodkan dalam lejar UKSB sebagai salah seorang penerima wang. Saya terkejut dengan laporan ini.

“Sebagai menteri luar negeri ketika itu, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan David Tan mahupun menerima sebarang wang daripada dia atau UKSB.

“Saya tidak tahu siapa mereka dan saya tidak mempunyai sebarang urusan dengan mereka dalam apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Nama Anifah muncul semasa perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dibicarakan atas dakwaan menerima rasuah daripada UKSB sebagai pertukaran kontrak berkaitan visa semasa menjadi menteri dalam negeri.

Bayaran yang dibuat kepada Zahid direkodkan dalam lejar, yang turut mengandungi nama beberapa ahli politik lain.

Bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan memberi keterangan dalam kes Zahid dan mengesahkan kandungan lejar itu, yang disifatkannya sebagai “derma politik”.

Anifah, yang merupakan presiden Parti Cinta Malaysia, berkata dia bersedia untuk membantu siasatan.

“Saya bersedia dan mampu membantu sebarang siasatan pihak berkuasa berhubung perkara ini bagi membersihkan nama baik saya,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: AnifahnafiUKSB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tohmahan barua DAP yang dilontarkan...

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd