• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Memandu Mabuk Hingga Sebabkan Kematian

oleh AK-47
20/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kampar : Pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kampar, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki pada 5 Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tertuduh, K Suntharalingam, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret T R Kavita.

Mengikut pertuduhan, dia yang memandu Honda Civic berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu dan menyebabkan kematian penjawat awam, Mohd Nazri Sham Aring, 42.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 1 Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar pada jam 11.45 malam, 5 Jun 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan maksimum 100,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Esther Jacyntha manakala tertuduh diwakili peguam, Baldip Singh.

Esther menawarkan wang jaminan RM10,000, bagaimanapun Baldip memohon wang jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya yang sudah berkahwin dan isteri sedang sarat mengandung.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin selain syarat tambahan lesen digantung sehingga kes selesai dan tidak dibenarkan keluar dari negeri tanpa kebenaran Ketua Polis Negeri.

Mahkamah menetapkan 13 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 6 Jun lalu, media melaporkan seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan disyaki dipandu dalam keadaan mabuk.

Mangsa, Mohd Nazri yang cedera di dada disahkan maut di tempat kejadian manakala anak mangsa berusia tiga tahun mengalami pendarahan dalaman di kepala dan isterinya mengalami cedera ringan.

-Harian Metro

Tags: DidakwakematianmabukMemandu Mabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd