• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: ‘PRU15 Mungkin Lebih Awal’

oleh AK-47
19/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum Julai 2023.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dia yang juga naib presiden Umno berkata pilihan raya paling lewat boleh diadakan pada Julai (2023), apabila tamat tempoh (penggal) bagi pilihan raya umum yang lalu.

“Walaupun tamat tempoh Julai, ianya lebih kurang setahun sahaja dari sekarang, setahun tidak lama bagi parti-parti politik menghadapi pilihan raya, setahun bukanlah jangka masa yang lama.

“Sebab itu kita kena bersedia sentiasa, itu kalau paling lewat setahun, pilihan raya mungkin diadakan lebih awal dari tarikh akhir penggal.

“Maknanya kalau paling lewat setahun, kalau lebih awal jangka masa itu lebih dekat, sebab itulah saya minta di Bera ini, semua jentera, tak kira Umno, Barisan Nasional perlu sentiasa bersiap siaga, kerana akhirnya pilihan raya akan tiba juga,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Bera, hari ini.

Khamis lalu, Dr Mahathir Mohamad berpendapat tarikh sesuai untuk diadakan PRU15 ialah sehingga habis penggal pada hujung Julai 2023.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata BN dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitkan tarikh PRU15.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama petugas JR diadakan itu, Ismail berkata, dia bangga kerana usaha diadakan membabitkan sayap wanita dari Umno, MCA dan MIC melakukan kajian sikap pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia enggan mengesahkan perjumpaan terbabit sebagai tanda bahawa PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat.

“Soal bila pilihan raya, saya dah bagitahu jangan tanya, tapi perlu bersedia, bersiap siaga.

“Saya dah kata, biasanya, dari dulu pun tidak pernah kita berbincang di khalayak tentang tarikh pilihan raya, jadi tunggulah,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: pmPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd