• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan Sindiket Antarabangsa, Rampas Ganja Lebih RM2 Juta

oleh AK-47
13/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lapan lelaki termasuk dua warga Thailand serta merampas 840 kilogram (kg) ganja bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, JSJN Bukit Aman bersama JSJN Pulau Pinang melancarkan operasi di kawasan perumahan di Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat George Town dan menahan tujuh lelaki.

“Dalam serbuan pukul 1 pagi Jumaat itu, semua lelaki tersebut sedang memunggahkan ketulan-ketulan ganja dari sebuah lori ke sebuah rumah di situ sebelum polis merampas 848 ketulan mampat ganja seberat 840kg yang kesemuanya bernilai RM2.12 juta

“Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu geng sindiket tersebut di Simpang Ampat, juga di Nibong Tebal. Tiada sebarang rampasan dadah dibuat bersama suspek berkenaan. Semua suspek yang ditahan termasuk dua lelaki Thailand itu berusia 35 hingga 59 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan, rampasan dadah itu yang merupakan terbesar di Pulau Pinang pada tahun ini, membabitkan rangkaian penyeludup dari Thailand dan dadah untuk pasaran dalam negeri ini.

Ayob Khan berkata sindiket itu menyeludup masuk ganja dari selatan Thailand iaitu Satun menerusi perairan Malaysia sebelum semua ganja tersebut disimpan di sebuah rumah yang dijadikan stor sindiket tersebut di Sungai Bakap.

Katanya siasatan mendapati sindiket terbabit aktif menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja itu sejak penghujung tahun lepas dan dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

“Ujian air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah,” katanya menambah ganja yang dirampas itu boleh digunakan seramai 1.68 juta penagih.

Susulan penahanan itu, polis turut menyita tiga kenderaan termasuk sebuah lori dengan kesemuanya bernilai RM80,000.

Kesemua lapan suspek direman tujuh hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-Malaysia Kini

Tags: ganjapolissindiketSindiket Antarabangsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd