• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Bainun Paksa Bella Makan Nasi Dengan Cili – Saksi

oleh Mohd Arshad
13/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dagu remaja perempuan Sindrom Down, Bella dipegang dan dipaksa makan nasi goreng bercampur cili oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali sekitar Mei tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, yang juga rakan kepada Siti Bainun, berkata, dia melihat wanita itu meletakkan sejumlah cili potong yang banyak di atas nasi goreng Bella.

Tambahnya, cili potong yang diletakkan itu lebih banyak daripada nasi goreng yang hendak diberikan kepada remaja Sindrom Down itu.

“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng dengan cili. Bella elak tak nak makan, tetapi dia paksa Bella makan.

“Saya terkejut kenapa buat Bella macam ini, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak ada confront (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau confront, nanti saya tidak pasti reaksi dia,” kata saksi itu.

Suhana yang juga merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, kejadian itu berlaku pada masa mereka hendak makan tengahari di rumah Siti Bainun di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini.

Terdahulu, saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni rumah kebajikan tersebut, Yasmin Nahar Mahmood,19, memberitahu mahkamah Bella pernah diberi makan 20 biji cili sehari selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Suhana memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka Bella ketika ke rumah Siti Bainun pada tarikh 13 Jun 2021.

“Saya ke rumah Bainun pada tarikh itu sebab Siti Bainun ajak makan ‘King Crab’ yang dia beli, jadi dia mahu masak ‘Shell Out’.

“Semasa sampai di rumah itu pada pukul 5 petang, saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’ dan dia pakai baju lengan panjang.

“Muka Bella ketakutan serta ada kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian mukanya sebelah kanan dan itulah keadaan Bella paling teruk,” kata Suhana.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad mengapa saksi itu tidak bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku kepada Bella, Suhana menjelaskan, dia bimbang tentang risiko perlu berdepan dengan respon Siti Bainun terhadapnya dan Bella.

“Saya fikir kalau saya bagi tahu Siti Bainun dan dia tidak suka dengan apa yang saya cakap pada dia. Saya bimbang dengan keselamatan Bella, saya tidak tahu mungkin Bella akan disorokkan kalau saya bersemuka dengan Siti Bainun,” jelasnya.

Perbicaraan itu akan bersambung petang ini.

-Utusan Online

Tags: Bellasaksisiti bainun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd