• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecualikan 1,359 Banduan Akhir

oleh AK-47
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan mengecualikan pelaksanaan hukuman mati terhadap lebih 1,359 banduan akhir yang sedang menunggu hukuman itu dijalankan sejak 2018.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia susulan keputusan kerajaan kelmarin yang bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn menyarankan kerajaan meringankan hukuman kepada banduan akhir berkenaan dengan menukarnya kepada hukuman penjara.

“Majlis Peguam menggesa kerajaan bekerjasama dengan Lembaga Pengampunan untuk memastikan lebih 1,359 banduan akhir turut dikecualikan daripada menjalani hukuman mati.

“Kami menyarankan semua hukuman mati itu dikurangkan kepada hukuman penjara dengan tempohnya bergantung pada keseriusan kesalahan yang dilakukan.

“Selain itu, pelaksanaan hukuman perlu mengambil kira faktor meringan dan situasi berbeza bagi setiap kes supaya hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan persetujuan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori, susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu.

Katanya, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penelitian dan kajian lanjut berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati, tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Mengulas lanjut, Yee Lynn berkata, Majlis Peguam menyambut baik keputusan kerajaan, namun menggesa pindaan perundangan bagi menggantikan hukuman mati mandatori dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelak pertambahan lebih ramai pesalah dijatuhkan hukuman mati.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan terus bergerak ke hadapan dengan memansuhkan hukuman mati sepenuhnya daripada undang-undang negara, selaras ikrar yang dinyatakan kerajaan pada 10 Oktober 2018.

“Keputusan kerajaan adalah tepat dan berada di landasan yang betul, namun masih banyak yang perlu dilaksanakan bagi memastikan hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya.

“Dalam konteks masyarakat maju, kita perlu memberi fokus pada rehabilitasi dan pemulihan, kerana tidak banyak yang dicapai melalui hukuman penalti selain memenuhi kehendak hukuman balas,” katanya.

Pada 2018, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), mendiang Datuk Liew Vui Keong mengumumkan mandatori pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan yang ketika itu membabitkan 1,278 banduan.

-Harian Metro

Tags: Banduan AkhirKecualikanMajlis Peguam Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Kecualikan Duti Hiburan Tahun Ini

08/04/2022
0

SHAH ALAM : Kerajaan negeri bersetuju memberikan pengecualian duti hiburan selama setahun untuk bayaran masuk pertunjukan pentas (bertiket) bagi artis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd