• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Tetap Dilaksanakan 1 April 2015 – Kementerian Kewangan

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015, seperti yang diluluskan di Parlimen dan tidak berhasrat untuk menangguhkan tarikh pelaksanaannya.

Mengikut Kementerian Kewangan, hingga semalam sebanyak 353,372 syarikat berdaftar di bawah GST, dan ini menunjukkan perniagaan pada umumnya menyokong dan bersedia untuk pelaksanaan GST di Malaysia.

“Sebarang penangguhan juga akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia kerana pelaksanaan GST adalah satu langkah pengukuhan fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara,” kata kementerian dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempelbagaikan sumber hasil kewangan dan tidak hanya bergantung kepada hasil komoditi seperti petroleum dan kelapa sawit.

“Sekiranya negara ingin terus kukuh dari segi pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pada masa hadapan, maka GST mesti dilaksanakan,” katanya.

Di samping itu, katanya, tahap kesedaran dan kefahaman GST dalam kalangan rakyat Malaysia sudah meningkat hasil daripada usaha yang dijalankan secara intensif melalui kempen dan program kesedaran GST membabitkan pelbagai medium komunikasi.

Kempen itu bertujuan, antara lain, memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat mengenai GST.

Kerajaan juga sudah melaksanakan pelbagai program latihan dan bimbingan kepada syarikat yang akan dikenakan GST.

Bagaimanapun, kata Kementerian Kewangan, ada segelintir pihak tertentu yang sengaja mensensasikan dan memutar belit pelaksanaan GST tanpa menyedari layanan yang ditetapkan oleh Kerajaan sebenarnya telah mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan rakyat.

“Berdasarkan kepada pengalaman di negara-negara lain yang telah melaksanakan GST/VAT, memang akan terdapat masalah dan isu peralihan pada peringkat permulaan pelaksanaan dan Malaysia juga tidak akan terkecuali,” kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa sebarang isu pelaksanaan yang timbul akan ditangani secara komprehensif dan berterusan oleh kerajaan.

Kerajaan juga akan terus melaksanakan program latihan kepada peniaga dan program kesedaran GST kepada pengguna, serta bersedia untuk mengadakan dialog dan rundingan dengan sektor swasta bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan, kata kementerian itu lagi. – BERNAMA

Tags: GSTkementerian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd