• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Tiada Unsur Agama Dalam Pesta Bon Odori: Mufti Perlis

oleh AK-47
10/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pesta Bon Odori yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, 16 Julai ini perlu tidak memasukkan aktiviti bersifat keagamaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, isi sambutan pesta itu perlu dipastikan tidak dimasukkan unsur khurafat atau syirik.

Beliau berkata, penganjur juga perlu memastikan pesta berkenaan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

“Jika boleh, diberikan nama baru atau nama tambahan di samping nama Bon Odori.

“Ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, antara cadangan adalah menamakan pesta kebudayaan Jepun atau masyarakat Jepun supaya ia dapat diteruskan dan polemik dapat dikurangkan.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program itu mempunyai unsur keagamaan.

Poster promosi penganjuran pesta itu juga memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono dan ia mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar tidak menyekat pesta itu.

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, dilapor berkata, jabatan itu dititah supaya tidak menghalang mana-mana individu daripada menghadiri program berkenaan.

Justeru, Sultan Selangor menitahkan pegawai Jais dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke majlis itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku dalam program terbabit.

-Harian Metro

Tags: MuftiPesta Bon OdoriUnsur Agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd