• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Dirompak

oleh AK-47
08/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat laporan polis palsu di Kubang Kerian, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tertuduh, Muhammad Hadiq Hamdi Mohd Suhaimi, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pegawai Pendaftar, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu dengan mendakwa dia dirompak dua lelaki pada Sabtu lalu yang menyebabkan kerugian RM6,000 ketika berada di bekalang sebuah bank di Kubang Kerian.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Kubang Kerian jam 12.37 tengahari pada Ahad lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 182 kanun keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin dan tertuduhdiwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Ab Rahman.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon menawarkan jaminan RM3,000 dan dan Nik Nazriani pula memohon jaminan minima dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh hanya bekerja sambilan sebagai peniaga dalam talian.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai sebagai tarikh jatuh hukum.

-Harian Metro

Tags: laporan polisLaporan Polis Palsupeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd