• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA 2027: Lokasi Ditentukan Selepas Bincang Dengan Kerajaan

oleh AK-47
07/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPUAN penganjuran Sukan SEA Malaysia 2027 di ibu negara atau turut melibatkan negeri lain akan diputuskan dalam masa terdekat, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, perincian mengenai perancangan berkenaan hanya dapat diputuskan selepas perjumpaan bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, ia termasuk kemungkinan temasya dwitahunan itu hanya diadakan di sekitar ibu negara seperti sebelum ini atau peluang turut akan diberikan kepada negeri lain untuk menjadi penganjur bersama.

“Negara mempunyai kemudahan lengkap untuk menganjurkan Sukan SEA tetapi sama ada mahu sebahagian daripada temasya dwitahunan itu diadakan di luar Kuala Lumpur dan membantu negeri-negeri lain membangunkan infrastruktur….ia memerlukan keputusan bersama kerajaan pusat dan negeri.

“Sesetengah negeri mungkin berkata mereka juga mempunyai kemudahan sedia ada yang boleh diubah suai bagi menghoskan acara sukan peringkat Sukan SEA,” katanya selepas mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata pihaknya juga perlu membincangkan dengan teliti mengenai persediaan kontinjen negara yang dapat memberikan keputusan yang baik buat negara pada temasya berkenaan.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA, yang sebelum ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP), sebanyak enam kali – 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017 – dengan kesemua edisi itu dianjurkan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata, setakat ini tiada kes doping membabitkan atlet Malaysia di Sukan SEA Vietnam yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei lepas.

Beliau berkata, senarai sukan bagi edisi seterusnya di Kemboja yang bermula 5 hingga 16 Mei depan, akan diputuskan ketika mesyuarat Persekutuan Sukan SEA bermula 2 hingga 3 Julai ini di Phnom Penh.

“Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Nur Azmi Ahmad akan mengadakan mesyuarat post-mortem bersama semua pengurus pasukan untuk menyiapkan laporan CDM dalam tempoh terdekat. Penyenaraian jumlah acara sukan pada Sukan SEA 2027 nanti adalah juga berdasarkan maklum balas persatuan sukan kebangsaan,” katanya.

Bernama-

Tags: Majlis Olimpik MalaysiaSukan SEA 2027Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Sah Tuan Rumah Ibu Segala Pingat Sukan SEA 2027

Johor Sah Tuan Rumah Ibu Segala Pingat Sukan SEA 2027

07/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur,...

Sarawak Setuju Jadi Penganjur Bersama Sukan SEA 2027 Tapi Dengan Syarat…

Sarawak Setuju Jadi Penganjur Bersama Sukan SEA 2027 Tapi Dengan Syarat…

23/06/2024
0

KUCHING : Acara pembukaan Sukan SEA 2027 perlu diadakan di Kuching. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Itu antara syarat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd