• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Mendap Ancam Keselamatan Penduduk

oleh Mohd Arshad
07/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM : Kejadian tanah mendap di Taman Selasih dekat sini, sejak November lalu menyebabkan penduduk di situ bimbang keselamatan mereka.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mereka mendakwa, kesan tanah mendapan itu boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Khairi Abdul Rahman, 41, berkata, keadaan itu semakin serius dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan untuk memperbaikinya.

Katanya, pada awalnya, kesan tanah mendap tersebut hanya melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.5 meter, namun sekarang semakin luas sehingga 1.5 meter.

“Saya percaya kesan tanah mendap tersebut lebih luas dan membahayakan penduduk sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk memperbaiki kawasan tersebut.

“Pihak berkuasa tempatan didapati hanya memasang riben keselamatan dan kon di kawasan terbabit selepas menerima aduan daripada penduduk,” katanya ketika ditemui di Taman Selasih, semalam.

Khairi memberitahu, pada masa ini, dinding longkang dan jalan di hadapan rumahnya terdapat kesan retakan dan bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Kejadian tanah mendap pernah berlaku di kawasan ini pada lapan tahun lalu dengan keluasan kira-kira tiga meter sebelum diperbaiki dan sekarang kejadian yang sama berulang semula,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Roziana Annuar berkata, keluarganya sentiasa berada dalam ketakutan apabila hujan lebat kerana bimbang tanah mendap tersebut berlaku lebih buruk.

“Setiap kali hujan lebat saya meninjau kawasan mendapan itu kerana takut berlaku hakisan baharu yang boleh mendatangkan bahaya.

“Saya berharap kesan mendapan itu dapat diperbaiki segera kerana kami sekeluarga tidak dapat tidur dengan lena sekiranya hujan lebat pada waktu malam,” ujarnya.

Abdul Wahab Ahmad, 55, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memandang serius masalah mendapan di taman perumahan ini.

“Penduduk faham kerja-kerja memperbaiki kesan mendapan itu memerlukan kos yang tinggi, namun keselamatan penduduk juga perlu diberi keutamaan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: ancamKeselamatan PendudukTanah mendap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bullet Train’ Nuklear China Ancam Barat

06/06/2022
0

BEIJING – Hasrat China yang mahu menggunakan kereta api berkelajuan tinggi bagi membawa peluru berpandu nuklear yang memuatkan seribu kepala...

Empangan Kenyir Tidak Ancam Keselamatan Penduduk

09/03/2022
0

Kuala Berang : Runtuhan tanah sehingga menyebabkan berlakunya fenomena 'kepala air' tidak menjejaskan struktur Empangan Kenyir dan mengancam keselamatan penduduk....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd