• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awan Kelantan Sedih Kejadian Ibu Muda Hamil Maut Ditembak

oleh AK-47
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan menzahirkan rasa dukacita, kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seorang ibu hamil tujuh bulan yang maut akibat ditembak di Pasir Mas, pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Awan Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, kejadian tersebut mengakibatkan kehilangan bukan sahaja nyawa ibu muda tersebut tetapi bayi dalam kandungan mangsa.

Katanya, tidak tergambar trauma dan kesedihan yang dialami oleh ibu dan keluarga mangsa tersebut akibat kejadian itu.

“Ini adalah keganasan terhadap wanita yang tidak boleh diterima oleh masyarakat bertamadun seperti kita dan mesti dihentikan segera, ” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Hafidzah berkata, Awan juga menggesa kerajaan negeri dan persekutuan meningkatkan usaha bagi menangani dan menghentikan semua bentuk keganasan terhadap wanita.

“Hal ini termasuk langkah holistik pencegahan dan perawatan.

“Langkah juga termasuk kemahiran dalam menangani konflik dan tekanan perasaan agar perkara kekejaman dan menyayat hati seperti itu dapat dielakkan daripada mengancam kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Pada Sabtu, seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, di sini.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di perut sebelah kiri.

-Sinar Harian

Tags: awanditembakIbu Muda Hamil Maut DitembakKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd