• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD: Kes Meningkat 50 Kali Ganda Di Johor

oleh AK-47
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Johor tahun ini mencatat 5,234 kes sehingga minggu epid 22/2022 yang berakhir kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, jumlah meningkat 50 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu tang mencatat 104 kes.

Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku pada tahun ini ekoran kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dan selari dengan peningkatan di Malaysia.

“Walaupun situasi ini masih terkawal dan berada dalam keadaan selamat. Saya menyeru kepada rakyat Johor mengambil serius mengenai penyakit HFMD.

“Kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan dan ditetapkan. Dalam masa cuti sekolah ini, ibu bapa wajar menggunakan peluang ini bagi mendidik anak-anak supaya memberi lebih perhatian terhadap kebersihan kendiri dan persekitaran.

“Manakala pengusaha institusi pendidikan disarankan membuat kerja sanitasi dan pembersihan di kawasan premis. Bersatu kita bendung wabak HFMD ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Ling, kebanyakan kes HFMD berlaku di negeri ini dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 4,594 kes (87.8 peratus).

Menurutnya, ia diikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 564 kes (10.8 peratus), dan selebihnya adalah berumur lebih daripada 13 tahun.

“Sehingga kini, sebanyak 25 wabak aktif HFMD dilaporkan di mana daerah tertinggi mencatatkan kejadian wabak aktif ialah Johor Bahru (11 wabak) dan diikuti daerah Kluang (7 wabak) dan Kota Tinggi (5 wabak) manakala Muar dan Tangkak masing-masing (1 wabak).

“Lokasi penularan wabak HFMD di Negeri Johor membabitkan taska (41 wabak), diikuti oleh rumah persendirian (18 wabak), tabika (13 wabak), tadika (8 wabak), prasekolah (7 wabak), sekolah rendah (3 wabak), pusat jagaan harian (2 wabak) dan lain-lain (3 wabak),” katanya.

-Harian Metro

Tags: HFMDJohormeningkat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd