• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Pelajar Kolej Rogol Remaja Bawah Umur

oleh AK-47
31/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Padang Besar : Polis sedang mengesan seorang pelajar kolej swasta kerana disyaki terbabit dengan rogol gadis di bawah usia di Beseri di sini, pada Oktober tahun lalu hingga menyebabkan remaja berusia 16 tahun itu mengandung dan melahirkan anak di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat pada 8.45 pagi daripada Pegawai Perubatan HTF berhubung seorang remaja berusia 16 tahun yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah melahirkan anak luar nikah di hospital itu.

“Susulan daripada laporan itu, polis kemudian ke HTF untuk bertemu dengan remaja berkenaan dan merakamkan percakapan mangsa mengenai kejadian itu sebelum dia menyatakan dia selamat melahirkan bayi pada Sabtu lalu.

“Hasil siasatan lanjut berkaitan kes ini, mangsa mendakwa diperkosa teman lelakinya berusia 25 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej swasta di Shah Alam (Selangor) di sebuah bilik di Padang Besar pada Oktober tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mendakwa diperkosa suspek di sebuah bilik di Padang Besar pada Oktober tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik swasta dan mendapati dirinya sudah hamil tujuh minggu.

“Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarga atau sesiapa sehinggalah bayi itu dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek terbabit dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis di bawah usia yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

-Harian Metro

Tags: buruPelajar Kolejpolisrogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd