• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Rakan Lepas Gaduh

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dengan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang rakan mereka yang ditemukan di bawah sebuah pangsapuri di Jalan Masai Jaya 2, Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Semua suspek berusia 20 hingga 33 tahun itu ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.45 tengah malam Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis mendapat maklumat daripada orang awam yang menemukan seorang lelaki yang meninggal dunia dipercayai jatuh dari balkoni tingkat dua pangsapuri berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat kesan pergelutan dan unsur jenayah yang menyebabkan mangsa jatuh dari tingkat dua bangunan itu.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati ada kecederaan dan pendarahan di bahagian belakang kepalanya,” katanya ketika sidang media pada Majlis Sambutan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, siasatan awal mendapati motif kejadian adalah disebabkan masalah hutang dadah jenis syabu.

Katanya, ketika serbuan dibuat, unit pangsapuri yang dipercayai disewa mereka sudah dikosongkan.

“Setakat ini tiada sebarang rampasan dibuat, namun kita masih lagi dalam siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian membabitkan penggunaan senjata atau sebagainya,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, semua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 5 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Semakan rekod lampau mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: bunuhditahanGaduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Akibat Hutang, Kes Disiasat Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Membunuh

Gaduh Akibat Hutang, Kes Disiasat Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Membunuh

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat kes pergaduhan yang tular di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, Johor...

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memaklumkan sahabatnya, Joy Reyzal ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd