• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cacar Monyet Bukan Penyakit Gay – WHO

oleh Mohd Arshad
29/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jangkitan virus cacar monyet yang dikesan terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), merebak melalui hubungan seks dalam kalangan lelaki gay dengan kira-kira 200 kes disahkan dan disyaki di 12 negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut laman berita Thaiger kelmarin, WHO menegaskan bahawa penyakit berkenaan bukan terhad kepada komuniti tertentu.

Pegawai Jabatan HIV Global, Hepatitis dan Program Penyakit Kelamin WHO, Andy Seale berkata, terdapat banyak stigma dan diskriminasi menyelubungi ba­nyak penyakit sebelum ini.

“Walaupun kita lihat sebilangan kes direkodkan dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan sejenis, ini bukan pe­nyakit gay,” kata beliau.

Sementara itu, kerajaan Thailand sedang mewujudkan pusat kecemasan baharu bagi memantau penularan virus cacar mo­nyet dengan Jabatan Kawalan Penyakit memantau keadaan semasa jika merebak lebih jauh.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Eropah pula mengatakan, pihaknya mengutamakan penglibatan masyarakat untuk mengekang penularan virus tersebut.

Jurucakapnya berkata, usaha harus dilakukan bagi memastikan cacar monyet tidak mencetuskan prejudis terhadap orientasi seksual.

“Mesejnya adalah jangkitan cacar monyet tidak tertumpu kepada orientasi seksual seseorang atau mereka (gay) adalah golongan yang semestinya akan mendapat penyakit itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, aplikasi janji temu Grindr yang khusus untuk komuniti gay, biseksual dan transgender telah menyebarkan berita tentang virus itu kepada 11 juta penggunanya.

Grindr menghantar amaran dalam 13 bahasa berbeza kepada penggunanya di Britain dan Eropah di mana kebanyakan kes dikesan setakat ini.

Mesej itu mengandungi pautan kepada maklumat wabak ca­car monyet yang sahih dan terkini daripada pihak berkuasa kesihatan awam seperti CDC Eropah.

“Saya melihat pihak kami sendiri bertindak menjadi penghubung antara kumpulan di lapangan seperti CDC Eropah dan Agensi Keselamatan Kesihatan UK dengan pengguna-pengguna aplikasi ini,” kata Jack Harrison-Quintana selaku pengarah cabang advokasi Grindr, Grindr for Equality.

Wabak cacar monyet yang merebak ketika ini adalah ringan dengan gejala yang boleh sembuh dengan sendirinya. Ubat antiviral yang berkesan juga tersedia bagi merawat penyakit tersebut.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti walaupun kebanyakan kes melibatkan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Pegawai-pegawai kesihatan mengakui belum ada bukti penularan yang dikaitkan melalui cecair mani atau faraj.

-Kosmo Online

Tags: cacar monyetgayPenyakit Gaywho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd