• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Lawat 3 Negara Skandinavia Bagi Perkukuh Kerjasama

oleh Mohd Arshad
29/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bakal mengadakan lawatan rasmi julung kali ke Sweden, Denmark dan Norway yang bermula hari ini sehingga 5 Jun depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, lawatan ke tiga negara Skandinavia itu akan memberi peluang kepada beliau bertemu rakan sejawatnya bagi memperkukuhkan pelbagai kerjasama.

“Beliau dijangka membincangkan langkah-langkah ke hadapan dalam kerjasama yang telah lama terjalin dan memberi ruang perbincangan serta bertukar-tukar pandangan. Lawatan tersebut akan dijadikan wadah interaksi mengenai kerjasama pasca Covid-19, ASEAN serta isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan secara bersama.

“Semasa lawatan pertama ke Sweden mulai hari ini sehingga 31 Mei, Saifuddin dijadual mengadakan pertemuan bersama dengan Menteri Luarnya, Ann Linde di ibu kota Stockholm selain Timbalan Speaker Pertama Parlimen Sweden, Asa Lindestam serta ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negara Eropah berkenaan,” jelas Wisma Putra.

Beliau juga akan mengambil bahagian dalam Perbincangan Meja Bulat yang akan diadakan di Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm serta pelbagai agensi awam lain.

“Untuk lawatan ke Denmark dari 1 hingga 2 Jun pula, beliau bakal bertemu Menteri Luarnya, Jeppe Kofod dan Setiausaha Agung Majlis Nordic, Kristina Hafoss. Saifuddin akan bertemu Jawatankuasa Persatuan Malaysia-Denmark dan dijadual berucap di Asia House, sebuah badan terkenal yang lazim menjadi hos personaliti dari seluruh dunia. Sesi di Copenhagen itu bakal melibatkan bekas Menteri Luar Denmark, Mogens Lykketoft serta ramai tetamu termasuk Persatuan Dasar Luar Denmark, badan pemikir dan diplomat,” katanya.

Lawatan terakhir di Norway dari 3 hingga 5 Jun menyaksikan beliau bertemu rakan sejawat, Anniken Huitfeldt serta akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang lain termasuk Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Parlimen Norway serta Delegasi ke Perkongsian Parlimen Asia-Eropah di sekitar ibu negara, Oslo.

“Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Institut Nobel Norway, Olav Njolstad dan bakal menjadi hos majlis resepsi Keluarga Malaysia di Oslo,” kata Wisma Putra.

-Utusan Online

Tags: kerjasamaMelawatNegara Skandinavia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd