• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend Solat Kipas Boleh Dilapor Pejabat Agama

oleh Mohd Arshad
28/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Trend menjadikan kipas sebagai makmum ketika bersolat adalah tindakan mengarut dan pelik yang mana perbuatan itu boleh dilaporkan kepada pejabat agama.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, trend yang menjadi ikutan anak muda itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya mengetahui perbuatan itu dilakukan.

“Janganlah ambil ilmu yang ditiru daripada Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui. Perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan.

“Saya nasihatkan kepada anak muda supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajar dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Beliau mengulas tular trend dalam media sosia individu menunaikan solat fardu diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas yang dipakaikan telekung atau baju Melayu.

Tindakan dikatakan mahu merasai bagaimana solat bersama pasangan seperti suami isteri.

Sementara itu, mengenai dakwaan berlaku penipuan Islamik yang menggunakan imej agama dan bergelar ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat, produk dan siasah yang sebenarnya bertujuan kepentingan peribadi, Idris berkata, ia sebagai perbuatan zalim.

Katanya, mereka yang terlibat diminta tidak mengambil kesempatan terutama soal ibadat.

“Perbuatan mereka menzalimi orang yang terkena dengan perbuatan mereka. Pihak yang terkena diharapkan membuat laporan polis supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Datuk Idris Ahmadpejabat agamasolat kipas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JHEAIK Siasat Video Tular Ajaran Sesat Di Langkawi

18/10/2017
0

ALOR SETAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai penularan satu klip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd