• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Stadium RM70 Juta Semasa Rakyat Kedah Masih Susah

oleh Mohd Arshad
26/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal tahun ini dengan penuh bangga mengumumkan Kedah Darul Aman FC [KDA FC] akan memiliki stadium baharu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau ketika itu dengan penuh yakin menyatakan stadium baharu dengan anggaran kos RM70 juta itu mampu menjadikan KDA FC sekelas dengan Johor Darul Ta’zim (JDT)

Selain daripada stadium baharu, turut berada dalam perancangan seperti diumumkan Sanusi adalah pembinaan sebuah pusat latihan yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Tetapi kelmarin Sanusi menyatakan kerajaan Kedah tidak boleh berbelanja lebih daripada kemampuan untuk bola sepak kerana perlu mengimbangi keperluan membantu rakyat Kedah yang rata-rata masih miskin.

*Kedah bukan pasukan super kaya yang harus tunduk sahaja kepada gaya gaji elit yang diset oleh pihak lain yang berkemampuan membeli pemain terbaik pasukan lain.

“Negeri Kedah akhirnya berjaya mengimbangi keperluan membantu rakyat yang rata-rata masih miskin disamping membantu pasukan bola sepak”

Adakah ini bermaksud nilai RM90 juta tidaklah begitu besar dan wajar digunakan untuk membina stadium dan fasiliti bola sepak berbanding RM90 juta digunakan untuk membantu rakyat Kedah yang rata-rata masih miskin?

Tetapi bukankah Sanusi pada November tahun lalu membentangkan Belanjawan Kedah 2022 dengan jangkaan defisit 12.44 peratus atau RM90.22 juta.

Defisit belanjawan bermaksud kerajaan PAS Kedah berbelanja lebih daripada apa yang dikutip. Maknanya kutip cukai sedikit tetapi berbelanja banyak.

Adakah ini juga bermaksud nilai RM90 juta tidaklah begitu besar untuk menangani isu bekalan air yang masih berlarutan di Kedah dan wajar digunakan untuk membina stadium dan fasiliti bola sepak.

Apapun tahniah kepada Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat kerana kontroversi-kontroversi dibangkitkannya terhadap kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya meningkatkan populariti politiknya.

-Mynewshub

Tags: KedahSanusiStadium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd