• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat E-Hailing Dituntut Beri Penjelasan

oleh AK-47
22/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Syarikat pengangkutan e-hailing diminta mengemukakan alasan kepada pengguna perkhidmatan itu sekiranya berlaku kenaikan harga sehingga membebankan orang ramai.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, setakat ini belum ada kesahihan berhubung perkara itu, bagaimanapun kementeriannya akan memanggil pengendali e-hailing untuk menjawab aduan pengguna.

“Syarikat e-hailing ini kena jawab dan bagi justifikasi kenapa berlaku kenaikan harga, kita (Kementerian Pengangkutan) akan teliti sama ada jawapan mereka masuk akal atau tidak.

“Kalau katakan (tambang) RM20, tiba-tiba naik RM70 dalam keadaan sekarang, ia dilihat membebankan rakyat.

“Sebagai pembuat dasar, kita tidak mahu melihat mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan,” katanya dalam sidang media selepas melawat lif dan eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park, di sini, hari ini.

Wee berkata, mana-mana syarikat e-hailing perlu menerangkan justifikasi jika berlaku kenaikan harga kerana pihaknya melihat daripada sudut pengguna.

“Kenapa sebelum ini tidak berlaku (kenaikan harga), saya rasa ini antara soalan yang relevan dikemukakan rakyat, saya sudah minta supaya perkara ini diterangkan.

“Saya minta APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) tengok balik dan minta syarikat ini terangkan dan jelaskan kenapa kenaikan harga berlaku.

“Saya jangka sehari dua ini, syarikat ini patut terangkan kepada rakyat barulah kita lihat dasar apa yang perlu kita buat seperti menggalakkan lagi persaingan supaya harga akan turun,” katanya.

Menurutnya, pihak berkaitan juga perlu mengemukakan alasan sekiranya berlaku kenaikan harga contohnya disebabkan kesesakan.

“Kita nak dengar sebab mereka, mungkin disebabkan kesesakan, tetapi takkan dulu tak sesak, kenapa sekarang baru sesak.

“Bagaimanapun, kita dengar, jadi saya rasa mereka juga rasa terpanggil dan terangkan sebab, sama ada diterima atau tidak,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, pengguna pengangkutan e-hailing terutama golongan berpendapatan rendah B40 mengakui mereka berdepan dengan isu kenaikan harga tambang perkhidmatan itu yang agak membebankan.

Rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan mendadak perkhidmatan itu dan mahu kerajaan mengambil langkah drastik kepada pengendali e-hailing berkenaan.

-Harian Metro

Tags: e-hailingpenjelasanSyarikat E-Hailing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd