• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran 3 Rumah

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Seorang warga emas rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah selepas gagal menyelamatkan diri di Lorong Tok Janggut, Kampung Banggol di sini, hari ini.

Mangsa, Embong Othman, 88, dikatakan sedang mandi ketika kebakaran berlaku dan gagal diselamatkan anggota keluarganya dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu.

Menantu mangsa, Hasnah Deraman, 61, berkata ketika kejadian beliau sedang berada di luar rumah sebelum terlihat percikan api di sebatang tiang elektrik berhampiran rumahnya.

“Percikan api itu menyebabkan kebakaran berlaku dan saya kemudian bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan suami yang sakit lelah dan enam cucu.

“Selepas itu, saya cuba masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan ibu mentua, namun gagal kerana api semakin marak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Pegawai Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.37 tengah hari.

“Kami tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian bersama 10 anggota dan tiga jentera dan mendapati api sedang marak membakar tiga buah rumah.

“Kami berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada 1.20 petang dan mendapati selain rumah, dua kereta dan empat motosikal turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu turut menyebabkan kira-kira 15 mangsa tinggal sehelai sepinggang kerana kehilangan rumah dalam kejadian berkenaan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Tags: kebakaranwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd