• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PATI Wanita Sorok Di Kawasan Tanah Kubur

oleh Mohd Arshad
17/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Tindakan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyorok di kawasan tanah perkuburan membawa padah apabila kesemua mereka ditahan polis dalam kejadian berdekatan Madrasah Kubur Tok Wali, Kelar, di sini, jam 10.30 pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata anggota bertugas mendapat maklumat dan membuat pemeriksaan di tanah perkuburan sebelum menemui kesemua PATI berkenaan yang sedang menyorok daripada pihak berkuasa.

Katanya, kesemua PATI itu adalah wanita berusia13 sehingga 25 tahun, termasuk dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 10 dan empat tahun.

“Ketika soal siasat dilakukan di lokasi, mendapati kesemua mereka tidak boleh berbahasa Melayu. Selepas pemeriksaan dijalankan, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri untuk masuk ke dalam negara.

“Mereka disyaki datang melalui jalan yang tidak diwartakan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand sebelum diangkut oleh individu untuk dihantar ke kawasan berkenaan sebagai lokasi transit.

“Kesemua PATI ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tujuan laporan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Nasaruddin, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Myanmar disyaki sebagai ‘Transporter’ yang membawa rakan senegara menggunakan motosikal di jalan kebun getah Kampung Kelar, di sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.

“Suspek berusia 28 tahun ini datang ke kawasan kebun getah untuk mengambil rakan yang baru sampai dari Thailand untuk dibawa ke lokasi sekitar Pasir Mas.

“Selepas disoal siasat, suspek memberitahu dia tidak mengetahui mengenai mana-mana individu yang terbabit dan hanya mendapat lokasi berkenaan daripada rakan-rakan sahaja,” katanya.

Katanya, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen.

BHonline-

Tags: Patitanah kuburwarga myanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd