• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Akan Putuskan SOP Untuk Pub, Kelab Malam

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak akan memutuskan tidak lama lagi sama ada prosedur operasi standard (SOP) untuk pub dan kelab malam yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini, terpakai bagi negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri (JPBN) akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk berbincang dan memuktamadkan perkara itu.

Beliau berkata, jawatankuasa itu mempunyai kata putus, terutama mengenai perkara berkaitan langkah pencegahan Covid-19 di Sarawak.

“Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi,” kata beliau yang juga penasihat JPBN kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Wesak peringkat negeri Sarawak di sini pada Ahad.

Pada 12 Mei lepas, KPKT mengeluarkan garis panduan Protokol Operasi Pub dan Kelab Malam Berlesen, yang antara lain menyenaraikan pelanggan pub dan kelab malam berlesen perlu melakukan ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum memasuki premis bermula 15 Mei ini.

Jika pelanggan tidak melakukan ujian, premis boleh menjalankan ujian RTK-AG (ujian pantas antigen) ke atas mereka dan memastikan keputusan ujian Covid-19 tersebut negatif.

-Sinar Harian

Tags: kelab malampubsarawakSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd