• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usno Parti Komponen Baru GRS – Hajiji

oleh AK-47
10/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) hari ini diterima masuk sebagai parti komponen baru Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Menteri Sabah itu berkata keputusan berkenaan diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikannya semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata permohonan sama daripada tiga parti lagi iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Cinta Sabah (PCS) buat masa ini masih belum diputuskan.

“Kita amat menghargai permohonan mereka (KDM, LDP dan PCS) untuk sertai GRS, namun kita secara konsensus berpendapat perlukan sedikit masa untuk berinteraksi dan tingkatkan persefahaman, kita perlu kenal antara satu sama lain dengan lebih baik dahulu.

“Permohonan mereka diterima satu dua bulan yang lepas, tetapi rasionalnya kita terima Usno kerana memohon lebih setahun lalu, bagaimanapun kita juga akan libatkan KDM, LDP dan PCS dalam aktiviti GRS nanti,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu semalam.

Turut hadir Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

GRS yang didaftarkan sebagai gabungan politik rasmi Mac lepas dianggotai Bersatu Sabah, PBS, STAR, SAPP dan terbaru Usno.

Ditanya mengenai kerjasama dengan PN, Hajiji secara ringkas berkata tumpuan buat masa ini adalah untuk memantapkan kerjasama antara parti komponen GRS.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Tertinggi GRS juga bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa kerjasama solidariti antara GRS dan Barisan Nasional (BN), yang pada masa ini menjalin kerjasama erat dalam Kerajaan Sabah.

“Tujuan kita adalah untuk satukan parti-parti dalam GRS dan BN ini supaya kita menghadapi pilihan raya parlimen ini (Pilihan Raya Umum Ke-15) secara bersama-sama, kalau boleh tiada pertembungan antara GRS dan BN,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata GRS akan dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, 26 Mei depan.

-Malaysia Kini

Tags: GRSParti KomponenUsno
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

30/11/2025
0

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan parti dan calon Bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah...

PRN Sabah: 45 Kerusi GRS Bertembung BN

PRN Sabah: 45 Kerusi GRS Bertembung BN

12/11/2025
0

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertembung dengan semua kerusi ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd