• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Kelantan Sediakan Tanah Untuk Bina Rumah Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir yang tidak memiliki tanah, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu hari ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata sebelum kejadian banjir luar biasa pada Disember tahun lepas, mangsa terbabit mendiami rumah yang dibina di atas tanah rizab sungai dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Beliau berkata penempatan baharu secara berkelompok atas tanah yang disediakan kerajaan negeri akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

“Kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 24 hektar di Enggong (Kuala Krai) dan 8.4 hektar di Telekong (Kuala Krai) untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).

Mengikut rekod Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, terdapat sebanyak 1,827 buah rumah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir di negeri ini, dan daripada jumlah itu, kira-kira 1,200 mangsa tidak memiliki tapak rumah.

Menjawab soalan asal daripada Azami Mohd Nor (PAS-Kadok), Ahmad berkata bagi mangsa yang mempunyai tanah sendiri, kerajaan sedang membina rumah kekal untuk mereka antaranya di jajahan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang iaitu sekurang-kurangnya 10 buah bagi setiap kawasan DUN yang terlibat.

Ketika menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran), Ahmad berkata kerajaan negeri berhasrat untuk membina empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di Gua Musang sebagai langkah jangka panjang mengatasi kejadian banjir.

Beliau berkata aliran air yang luar biasa dari kedua-dua sungai tersebut telah menyebabkan berlakunya banjir besar terutama di jajahan Kuala Krai iaitu lokasi kedua-dua sungai itu bertemu menjadi Sungai Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memperkemaskan jentera bantuan ketika banjir dan pasca banjir bagi menghadapi bencana tersebut pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Hubungan Kaum Datuk Anuar Tan Abdullah berkata sebanyak RM3.9 juta telah diperuntukan untuk membantu usahawan yang terjejas akibat banjir memulakan perniagaan.

Beliau berkata sebanyak 825 daripada 1,000 usahawan yang terjejas akibat banjir telah memulakan perniagaan melalui skim pembangunan usahawan.

Anuar berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran). – BERNAMA

Tags: Ahmad YakobKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd