• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Ezam Kini Ahli Parti Berjasa

oleh AK-47
07/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor sah menyertai dan menjadi ahli parti Berjasa berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Berjasa, Ir. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, Berjasa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohamad Ezam dan penyertaan pemimpin itu ternyata menjadi bualan ramai.

“Walaupun sebenarnya ia tidaklah begitu mengejutkan kerana Berjasa sememangnya telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun lalu.

“Berjasa yang terkenal sebagai sebuah parti kepimpinan baharu yang menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanah air) sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti,” katanya.

Beliau memberitahu, Berjasa juga sentiasa terbuka dalam membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar, sebagai penyelesaian kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara.

“Semoga dengan penyertaan Datuk Ezam akan dapat merancakkan lagi gerak kerja parti terutama menjelang PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Berjasa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harga Minyak Turun Kerana Jasa Rakyat Tambun Pilih Anwar Jadi Wakil Rakyat

Harga Minyak Turun Kerana Jasa Rakyat Tambun Pilih Anwar Jadi Wakil Rakyat

19/07/2026
0

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penurunan harga petrol RON95 antaranya kerana jasa rakyat Tambun memilih beliau...

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 antaranya kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd