• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 46,000 Pandu Laju, Langgar Lampu Merah Sempena Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
07/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Sebanyak 35,618 pemandu dikesan memandu melebihi had laju di hadapan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 di seluruh negara setakat semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jumlah itu membabitkan 0.75 peratus daripada 4.7 juta kenderaan melewati 29 kamera AwAS yang dipasang bagi memantau kesalahan terbabit.

Sepanjang tempoh sama, sejumlah 10,355 pemandu atau 0.66 peratus daripada 1.5 juta kenderaan lagi, direkodkan melanggar lampu isyarat merah menerusi 16 kamera AwAS yang dipasang bagi mengesan kesalahan itu seluruh negara.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataannya, berkata tidak mematuhi had laju dan melanggar isyarat lampu melalui kamera AwAS adalah di antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

“Sekiranya disabitkan bagi setiap kesalahan itu, pemandu berkenaan boleh didenda sehingga RM2,000 mengikut Seksyen 79, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu atau pengguna jalan raya yang melakukan kedua-dua kesalahan ini, akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Katanya, pelaksanaan kamera AwAS ini bertujuan meningkatkan pematuhan terhadap had laju dan lampu isyarat serta mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya.

JPJ turut menyeru pengguna jalan raya supaya terus mematuhi peraturan ditetapkan bagi menjamin keselamatan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Jelasnya, penguatkuasaan secara pengesanan teknologi digital ini telah dipraktikan di peringkat antarabangsa yang terbukti efektif dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dam adapat meningkatkan reputasi negara setaraf dengan negara maju lain.

Operasi HRA 2022 dilaksanakan bermula 29 April sehingga 8 Mei dengan slogan Pandu Cermat dan Selamat Sampai Ke Destinasi.

-Berita Harian

Tags: AidilfitriJPJPandu Laju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd