• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

oleh Mohd Arshad
04/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jumlah itu merangkumi sebanyak 1,943 kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Azman Shariat berkata, statistik terbaharu pihaknya merekodkan satu kematian dan 293 kes kemalangan semalam.

“Kita mengharapkan jumlah itu tidak mencatatkan peningkatan dan terus terkawal sepanjang 10 hari Op Selamat sehingga 8 Mei ini.

“Pengguna jalan raya perlu memastikan segala peraturan sentiasa dipatuhi sekaligus mengelak daripada menjadi mangsa nahas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain memaklumkan sebanyak 8,361 kemalangan berlaku membabitkan 10,869 kenderaan di seluruh negara sehingga semalam.

Sepanjang tempoh lima hari itu, sebanyak 89 kematian turut dicatatkan termasuk 13 kes terbaru.

Dalam pada itu, jelas Azman, aliran trafik di Selangor terutama melibatkan kawasan bandar masih lancar setakat ini.

“Pemantauan mendapati aliran trafik lancar dan berkemungkinan faktor ramai pulang ke kampung. Aliran bagaimanapun agak tinggi di beberapa kawasan di Kuala Selangor namun keadaan masih terkawal,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: kemalanganOp Selamatselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suasana pagi di Taman Sungai Besi Indah bertukar cemas apabila seorang peniaga tepi jalan dirempuh sebuah kenderaan...

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

13/04/2026
0

KOTA BHARU – Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd