Kes baharu Covid-19 harian turun di bawah 1,000 buat kali pertama sejak 29 Mac tahun lalu.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 922 kes dilaporkan semalam manakala angka Rt pula turun kepada 0.62.
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 31,834, turun 64.9 peratus jika dibandingkan dengan jumlah 14 hari lalu.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:
Selangor (429)
Kuala Lumpur (120)
Pulau Pinang (83)
Negeri Sembilan (58)
Perak (41)
Johor (35)
Sarawak (31)
Melaka (28)
Putrajaya (26)
Kedah (22)
Pahang (19)
Sabah (12)
Terengganu (9)
Kelantan (7)
Perlis (1)
Labuan (1)
Pihak berkuasa kesihatan juga merakamkan sembilan kematian baharu semalam, dengan lima kematian adalah ketika dibawa atau di luar pusat kesihatan. Ini menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 35,564 orang.
Sejak minggu lalu, purata 6.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 15.5. Ini menunjukkan trend penurunan.
Daripada sembilan kematian itu, Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Johor, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor, masing-masing mencatatkan satu kematian.
KKM juga melaporkan sejumlah 16,036,202 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,290 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,513 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 1,473 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 200 dos pertama, 1,041 dos kedua dan 232 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,329,975.
-Malaysia Kini

