• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk Di Kuala Lumpur Dan 6 Negeri Lain

oleh Mohd Arshad
04/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri pagi ini sehingga pukul 10 pagi nanti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu dilihat tertumpu di negeri Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, di Terengganu, ia dijangka melanda Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Tambah MetMalysia, cuaca buruk itu turut diramal berlaku di Selangor melibatkan daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala ia turut tertumpu di kesemua kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya pagi ini.

“Bagi Negeri Sembilan pula, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku sekitar Jelebu dan Seremban serta beberapa kawasan di Johor seperti Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Sarawak, ia merangkumi Kuching, Serian, Samarahan dan Betong (Pusa, Betong dan Kabong).

Semalam, sebanyak 24 buah keluarga terpaksa melupakan hasrat meraikan perayaan Aidilfitri apabila rumah mereka di sekitar kawasan Pekan Nanas, Johor dinaiki air antara dua hingga empat kaki akibat banjir kilat yang berlaku.

-Kosmo Online

Tags: MetMalaysiaRamalan cuaca buruk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd