• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Qada Zakat Fitrah Jika Belum Ditunaikan – Imam

oleh AK-47
03/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Umat Islam khusus rakyat Kelantan yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib qada zakat fitrah walaupun sudah lewat daripada waktu ditentukan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata, hal ini kerana terdapat lima perihal hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam yang merdeka iaitu golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan dan berakal untuk membayar zakat fitrah.

“Hukum harus bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan, manakala wajib selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan.

“Selain itu, hukum afdal selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Armin berkata waktu makruh adalah selepas solat sunat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari dan waktu haram pula selepas terbenam matahari pada Aidilfitri.

“Oleh itu, memandangkan baru-baru ini umat Islam menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei (hari ini), mungkin ramai yang tidak sempat untuk membayar zakat fitrah pada akhir Ramadan lepas.

“Saya seru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan ini, jangan tangguh atau tunggu Ramadan tahun depan untuk membayarnya kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakannya,” katanya.

Armin berkata, sekiranya terdapat individu membayarnya selepas solat sunat Aidilfitri ia dikira sebagai sedekah kerana tiada denda yang khusus sekiranya tidak menunaikan kewajipan itu, namun kepada pelakunya, banyakkanlah beristighfar kepada Allah SWT.

“Zakat fitrah dibayar untuk kita berkongsi kepada orang yang memerlukan (fakir dan miskin) bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang menambah boleh membayar terus kepada golongan fakir dan miskin.

-Harian Metro

Tags: QadaZakatZakat Fitrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd