• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,471 Kes Baharu Covid-19 Semalam

oleh AK-47
28/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Malaysia merekodkan 6,900 kes sembuh Covid-19 setakat semalam, lebih tinggi berbanding 3,471 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menerusi kenyataan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 3,461 adalah kes tempatan, manakala 10 kes import.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 27 kes bagi kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan, sebanyak lima kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 13 kes mendapat dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak manakala sembilan kes menerima dos penggalak.

“Selain itu, sebanyak 13 kes berumur 60 tahun dan ke atas direkodkan, manakala 14 kes mempunyai komorbid,” katanya.

Perkembangan terbaru itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 4,440,383, selain dua kluster baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kluster aktif, 91 kluster.

Sementara itu, bagi penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, tiada negeri yang mencatat penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan katil bukan ICU melebihi 50 peratus.

Beliau berkata, sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di ICU semalam, manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 63 kes.

Berhubung kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt, Dr Noor Hisham berkata, Rt dicatatkan seluruh negara adalah 0.70 dengan Putrajaya merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.05.

Walaupun kelonggaran prosedur operasi standard diberikan, Kementerian Kesihatan berharap agar rakyat sentiasa berwaspada dengan mengamalkan kawalan kendiri kerana virus Covid-19 masih berada dalam kalangan masyarakat, katanya.

-Harian Metro

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd