• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual RON95: KPDNHEP Buka 9 Kertas Siasatan

oleh AK-47
28/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuka sembilan kertas siasatan ke atas pengusaha stesen minyak di negeri ini, susulan penjualan petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan asing dari Singapura.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan itu dilakukan susulan pihaknya menerima 18 aduan sejak sempadan negara dibuka bermula 1 April lalu.

“Pada peringkat awal, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung kenderaan asing mengisi petrol bersubdisi RON95.

“Susulan itu, sebanyak 18 aduan diterima berhubung perkara ini. Daripada jumlah itu, sembilan kertas dibuka untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1971.

“Sembilan pengusaha stesen minyak telah dipanggil KPDNHEP Johor untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Siasatan juga merangkumi percakapan daripada pekerja dan rakaman kamera litar tertutup ( CCTV),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika mengadakan lawatan kerja ke sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam di sini, pada Khamis.

Alexander menambah penguatkuasaan dan pemantauan terhadap isu kenderaan asing mengisi petrol bersubsidi ini turut dipertingkatkan dengan Op Samar yang mana anggota penguatkuasa memakai anggota penguat kuasa memakai pakaian biasa.

Beliau seterusnya meminta pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan ditetapkan dengan tidak menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing.

“Kehadiran warga asing terutama dari Singapura amat dialu-alukan, namun kerajaan harap mereka dapat mendisplinkan diri tidak mengisi petrol bersubsidi RON95. Begitu juga pengusaha stesen minyak, diharap bantu kawal isu ini.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).

“Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Kertas SiasatanKPDNHEPRON95
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd