• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Jamin Bekalan Ayam Cukup, Harga Terkawal

oleh Mohd Arshad
27/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memberi jaminan bekalan ayam di negeri ini mencukupi dan tidak berlaku sebarang manipulasi harga menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Thing Han sehubungan itu mengingatkan semua pihak terlibat khususnya peruncit dan peniaga mematuhi harga ditetapkan.

Katanya, harga yang ditetapkan kerajaan bagi sekilogram ayam ketika ini adalah RM8.90.

“Setakat ini bekalan dan harga ayam di negeri ini masih terkawal. Sebelum ini memang kita ada terima aduan di peringkat runcit harga ayam naik sehingga RM10 tetapi KPDNHEP telah buat tindakan penguatkuasaan.

“Jadi kita mohon kerjasama peniaga, syarikat terbabit dan pasar raya untuk bantu keluarga Malaysia dan bangsa Johor untuk tidak menaikkan harga. Pengguna pula boleh buat aduan jika ada pihak yang menaikkan harga,” katanya selepas melakukan pemeriksaan dan tinjauan barang keperluan sempena pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 di sebuah pasar raya, di sini.

Tambah Thing Han, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim dan yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

“Sementara bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu iaitu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan seramai 200 penguat kuasa KPDNHEP Johor akan meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan harga barangan kekal stabil.

-Utusan Online

Tags: ayamBekalan AyamhargaJohor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd