• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RISDA Jadi Peneraju Pengeluaran Daging Halal Tempatan

oleh Mohd Arshad
26/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan untuk mempertingkatkan kapasiti keluaran fidlot kepada 10,000 ekor setahun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif, berkata ketika ini kapasiti fidlot adalah sebanyak 6,000 ekor.

“Integrasi fidlot yang dilaksanakan RISDA melalui anak syarikat RISDA Livestock Sdn Bhd (RLSB) kini sedang membantu ke arah

meningkatkan keluaran daging tempatan berstatus halal selaras dasar keselamatan makanan negara.

“Menerusi hab pemprosesan daging di Semenyih, Selangor, RLSB mempunyai kemampuan pemasaran yang unik melalui penawaran jualan bahagian daging korban siap diproses dan dipek secara halal dan suci, terus kepada pelanggan.

“Bagi tahun ini, RLSB bersama tiga syarikat Bumiputera sebagai ejen jualan korban dengan mensasarkan 1,000 ekor lembu untuk memenuhi permintaan ibadat korban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis memeterai perjanjian Ejen Jualan Qurban RLSB di ibu pejabat RISDA, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Ali Sabuddin Abdul Samad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA, Sopian Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Holdings, Zainal Azni Zulkifli.

Ejen jualan membabitkan tiga syarikat Bumiputera ialah Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS), Protaz International Sdn Bhd (PISB) dan Mamu Livestock Trading (MLT).

Mohd Salim berkata, orang ramai yang mahu menyertai korban melalui RLSB boleh membuat pesanan melalui ejen jualan yang dilantik.

“Pihak kami akan menguruskan pemilihan, penyembelihan dan pemprosesan lembu untuk ibadah korban. Daging itu akan dipek dan divakum sebelum diserahkan kepada peserta dalam bentuk karton.

“Ini juga adalah kali pertama, peserta korban boleh mewakilkan RLSB untuk mengedarkan daging korban kepada asnaf memerlukan.

Semua proses itu dilaksanakan dengan mementingkan aspek kesucian dan kebersihan di samping mematuhi langkah keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, RLSB menyasarkan peningkatan pengeluaran daging negara daripada kadar tujuh peratus kepada 30 peratus dalam tempoh lapan tahun ini.

“Sekiranya pengeluaran daging tempatan cukup untuk memenuhi bekalan kepada pengguna, sudah pasti mengurangkan kebergantungan kepada daging luar dan agensi di bawah RISDA ini membantu menjadi pengeluar utama.

“Jadi usaha itu meningkatkan pengeluaran daging negara, melalui usahawan ruminan dengan mengoptimumkan keupayaan penternak serta pusat penyembelihan sedia ada tanpa perlu bimbang berikutan kita mempunyai bekalan.

“Ini adalah fokus utama kita dengan penternak di kawasan tertentu seperti di kampung, boleh menjual kepada kita dengan harga berpatutan dan kita membantu melalui aktiviti tambahan untuk menjadikan mereka usahawan berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Salim berkata, bagi menangani persaingan berikutan ada perusahaan lain mengeluarkan daging halal termasuk dari luar negara, RISDA akan memanfaatkan kerjasama dengan tiga syarikat itu.

“Kita melihat jenama halal berkembang dengan baik di seluruh negara dan saya melihat PISB sudah biasa melaksanakan korban serta mempunyai aplikasi sendiri dan MLT dan KOPONAS pula berpengalaman menguruskan korban.

“Ini akan membolehkan sebahagian korban boleh diberikan kepada sesiapa yang menyertai korban berbanding mereka yang menyertai di luar negara. Jadi menerusi kerjasama ini, kita ada rantaian lengkap dan sempurna daripada penyampaian,” katanya.

-Berita Harian

Tags: PenerajuPengeluaran Daging Halal TempatanRisda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

23/08/2022
0

REMBAU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melancarkan pelan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA yang lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd