• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ditahan Bantu Siasatan Kaki Lelaki Dirantai, Maut Jatuh Apartmen

oleh AK-47
26/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kematian lelaki warga Indonesia yang terjatuh dari tingkat lapan dalam keadaan kaki kirinya dirantai pada kerusi di Apartmen Eastern Court, Jelutong di sini, Sabtu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kedua-dua lelaki yang juga warga tempatan itu ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek pertama ditahan di sebuah hotel di Jalan Penang di sini, pada 12.10 tengah malam tadi.

“Penahanan suspek kedua pula dilakukan di sebuah rumah di Jalan Lintang Air Itam di sini, pada 1.30 pagi hari ini.

“Kedua-dua suspek yang berusia 45 dan 52 tahun itu direman selama empat hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Soffian berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa pada Isnin lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati tidak ada sebarang tanda pergelutan pada badannya.

Katanya, kematian mangsa yang berusia 33 tahun itu disahkan berpunca akibat kecederaan kepala dan pelvis kerana terjatuh dari tempat tinggi selain positif Covid-19.

“Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan, polis mengklasifikasikan semula kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Terdapat beberapa perkara yang mencurigakan dalam insiden itu khususnya penggunaan rantai besi pada kaki mangsa.

“Selain itu, tindakan rakan serumah mangsa yang melarikan diri sejurus kejadian juga turut menjadi tanda tanya,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai mayat lelaki warganegara Indonesia ditemukan maut di kawasan parkir apartmen itu pada 5.40 petang.

Mangsa dan rakannya sebelum itu menyewa unit rumah di apartmen berkenaan yang dijadikan inap desa sejak 13 April lalu.

-Harian Metro

Tags: Apartmenbantu siasatanmautpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd