• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Planet Sekali Lagi Dalam Jajaran Dirakam

oleh Mohd Arshad
24/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Setelah muncul awal April lepas, empat planet sekali lagi berada dalam jajaran himpunan sebaris atau dikenali sebagai konjungsi di ruang langit Malaysia subuh semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Malah menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), imej Zuhal, Marikh, Zuhrah dan Musytari itu berjaya dicerap Observatori Negara Langkawi di Kedah dan dirakamkan pada pukul 6.11 pagi.

“Konjungsi merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari bumi iaitu objek cakerawala dilihat seumpama fizikalnya berdekatan jika dilihat dengan mata kasar. Bagaimanapun, sebenarnya kedudukan objek berkenaan adalah terletak berjauhan dari satu sama lain di angkasa,” jelas Mysa menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya hari ini.

Sebelum ini pada 6 April lalu, penggemar sains falak tempatan teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri himpunan empat planet tersebut secara serentak selepas waktu subuh. Fenomena alamiah nadir itu didedahkan oleh pakar astronomi terkenal tanah air yang juga pengasas laman sesawang sains angkasa Falak Online, Shahrin Ahmad melalui akaun sosialnya.

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor menambah, pada masa tersebut, lokasi bintang Alnitak, Alnilam dan Mintaka hampir sahaja menunjuk ke arah bulan. Akhir bulan lalu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena lintasan tiga planet serentak yang melibatkan Zuhrah, Marikh dan Zuhal tidak jauh dari bulan selama dua hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Shahrin menerusi hantaran terbaharu turut mengesahkan bahawa himpunan empat planet tersebut sebenarnya sudah pun dapat dilihat di Malaysia pagi Jumaat lepas. Malah berdasarkan komen beberapa warganet tempatan, ada sesetengah lokasi yang telah berjaya menyaksikan fenomena konjungsi planet berkenaan sehari sebelum itu lagi.

UtusanOnline-

Tags: jajaranMysaplanet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Lima Planet Serentak Di Angkasa Malam Ini

Himpunan Lima Planet Serentak Di Angkasa Malam Ini

28/03/2023
0

PUTRAJAYA - Peminat astronomi tempatan dijangka teruja apabila sejumlah lima planet dalam Sistem Suria dapat dicerap dengan mata kasar sahaja...

Ramal Banjir Tujuh Hari Lebih Awal

Ramal Banjir Tujuh Hari Lebih Awal

04/10/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membangunkan satu sistem untuk meramal banjir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd