• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tangkap Suspek Ganggu, Gigit Pelajar Wanita Warga Asing

oleh AK-47
23/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak polis menahan salah seorang daripada dua lelaki yang menyerang seorang pelajar wanita warga asing baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan di projek perumahan rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara di Kepong, Kuala Lumpur pada 3.30 petang semalam.

“(Suspek) Ada dua rekod jenayah lampau. Sedang memburu rakan sejenayah yang masih bebas,” kata Beh.

Terdahulu pelajar berkenaan dilapor berjalan bersama rakannya di luar pusat beli-belah Publika di Kuala Lumpur pada 21 April lalu apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri dan menganggunya.

Pelajar berusia 26 tahun itu kemudian menggunakan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.

Kedua-dua lelaki itu kemudian menghampiri pasangan itu dan suspek cuba merampas telefon bimbit mangsa sebelum berlaku pergelutan.

Pelajar itu mendakwa dia digigit di lengan dan dipukul di belakang badan dengan kayu.

Mangsa dan rakannya melarikan diri ke sekolah berhampiran sebelum pengawal keselamatan membuka pintu pagar untuk mereka berlindung.

Kedua-dua suspek kemudian beredar.

Beh berkata polis turut merampas motosikal yang digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan cubaan melakukan samun.

-Malaysia Kini

Tags: GangguPelajar AsingpolisSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd