• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OKT Kes Dera Kanak-Kanak Pengsan Dalam Mahkamah

oleh Mohd Arshad
22/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Galeri Mahkamah Sesyen Jenayah 2 di sini, hari ini dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang juga orang kena tuduh (OKT) bagi kes dera kanak-kanak, pengsan tiba-tiba.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Rosnah V. S. Mydin, 48, rebah sewaktu berdiri di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan ke atasnya sedang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Bagaimanapun selepas kira-kira lima minit, mahkamah bersambung semula sebaik sahaja tertuduh mula pulih dan keadaan kesihatannya diperiksa oleh seorang doktor yang secara kebetulan berada di dalam mahkamah sama.

Terdahulu, Rosnah mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera kanak-kanak berusia lima tahun yang juga cucu lelakinya dalam kejadian di sini, bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Rosnah didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat Blok H-15-6 Flat Padang Tembak, daerah Timur Laut pada waktu siang bulan ini.

Dia dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Amira Ruzaini memohon supaya Rosnah tidak dibenar diikat jamin memandangkan bimbang tertuduh mengganggu saksi yang juga ahli keluarga mangsa dan OKT.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta tiga syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai.

Selain itu, mahkamah mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport selain tidak dibenarkan mengganggu saksi perbicaraan kes tersebut.

Mazdi menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen serta supaya tertuduh melantik peguam.

-Utusan Online

Tags: Kes Dera Kanak-KanakmahkamahOKTpengsan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd