• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Minta Pertubuhan Buruh, Kedutaan AS Maklum Siasatan Isu Buruh Paksa

oleh AK-47
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia diminta memaklumkan sebarang siasatan berhubung buruh paksa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), bagi mencari jalan penyelesaian sebelum produk Malaysia disekat memasuki negara berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata beberapa produk telah dikenakan sekatan eksport oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS atas alasan faktor buruh paksa, namun sehingga kini KSM tidak menerima sebarang siasatan daripada pihak AS.

“Ini menjadikan kita sukar mengambil tindakan terhadap majikan.

“Kami telah menjalankan siasatan mengikut 11 indikator buruh paksa sedia ada yang digariskan ILO tetapi tidak dapat mengesan kesalahan, maka (kita) jumpa pihak ILO dan Kedutaan AS supaya sebarang siasatan oleh pihak AS harus dimaklumkan kepada kita, kerana jika tidak kita tidak akan nampak penyelesaian,” katanya.

Saravanan berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyampaian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2022 Zon Tengah, dan melancarkan buku Perkembangan dan Isu-Isu Semasa Kesatuan Sekerja Di Malaysia di Putrajaya semalam.

Mengenai buku tersebut, Saravanan berkata ia akan menjadi sumber rujukan kepada majikan, pengamal sumber manusia dan aktivis kesatuan sekerja, serta rujukan akademik di institusi pengajian tinggi.

Penerbitan buku itu adalah hasil kerjasama antara kesatuan sekerja dan ahli akademik dengan menggunakan peruntukan GPKS 2021.

Saravanan berkata kerajaan juga telah menambah peruntukan geran itu pada tahun ini kepada RM2.6 juta bagi membantu lebih banyak kesatuan sekerja menjalankan aktiviti, dengan sejumlah 315 permohonan telah diluluskan di seluruh negara.

“Bagi GPKS Zon Tengah yang meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sejumlah 74 permohonan telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM472,840,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: ASIsu Buruh PaksaKedutaan ASPertubuhan Buruh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Iran Dedah Pelan Hadapi AS

Iran Dedah Pelan Hadapi AS

06/02/2026
0

TEHERAN – Iran dilaporkan telah mendedahkan gambaran strategik mengenai bagaimana negara itu merancang menghadapi kemungkinan konflik bersenjata dengan Amerika Syarikat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd