• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 5 Juta Murid, Pelajar Bersekolah Seperti Biasa

oleh Mohd Arshad
17/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai lebih 5 juta murid dan pelajar di seluruh negara kembali bersekolah seperti biasa mulai hari ini dan esok selepas sistem penggiliran ditamatkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu ia melibatkan kira-kira 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.1 juta sekolah menengah.

Menurutnya, bermula hari ini, sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi kumpulan A melibatkan 130,177 orang murid tahun tiga hingga lima di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

“Persekolahan bagi Kumpulan B pula, seramai 416,000 orang murid tahun tiga hingga lima di negeri-negeri lain yang dijadual bermula esok dan kita berharap ia berjalan lancar seperti hari ini.

“Maklum balas terhadap pihak sekolah turut mendapati sama ada guru, ibu bapa dan pelajar masing-masing memberi kerjasama sebaiknya untuk sesi persekolahan secara bersemuka,” katanya selepas meninjau operasi sekolah selepas sistem penggiliran ditamatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini hari ini.

Tambah Radzi, semua pihak disaran supaya terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan SOP kekal dipatuhi oleh semua pihak.

-Kosmo Online

Tags: BersemukamuridSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd