• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Upah RM2,000 Sanggup Bawa Ketum

oleh AK-47
15/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Taiping : Dibayar RM2,000 sebagai upah, seorang lelaki bertindak berani menghantar 36 beg daun ketum seberat 360 kilogram (kg) dari Kedah ke Seremban.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Namun tindakannya itu akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis dari unit Peronda Lebuh Raya Bandar Bahru-Changkat Jering, di Kilometer 212.1, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata sekitar jam 8.15 pagi ketika menjalankan rondaan Ops Cegah Jenayah di KM 212.1, pihaknya terserempak kenderaan jenis Toyota Fortuner yang bercermin gelap dan mencurigakan dipandu seorang lelaki berusia 40 warga berbangsa Siam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan 18 beg plastik berwarna hitam berada di bahagian tempat duduk belakang dan 18 beg lagi di bahagian but kereta tersebut.

“Kesemua 36 bungkusan itu mengandungi tumbuh-tumbuhan dipercayai daun ketum seberat 360 kilogram.

“Pihak polis segera menahan suspek dan merampas kesemua daun ketum itu yang dianggarkan bernilai pasaran RM 7,200.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini dan kes di siasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya dalam sidang media.

Osman berkata hasil semakan mendapati suspek seorang duda dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau malah baru sebulan terbabit dengan aktiviti penjualan ketum

Tambahnya lagi difahamkan sudah enam kali suspek berbuat demikian namun kali ini tindakannya berjaya dihidu pihak polis.

-Harian Metro

Tags: Daun Ketumketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd