• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,052 Kes Covid-19, 15,893 Kes Sembuh

oleh Mohd Arshad
14/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan dengan 10,052 kes termasuk 21 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,352,611 kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 15,893 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,196,656 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 5,715 kes (56.85 peratus), kategori dua sebanyak 4,272 kes (42.50 peratus), kategori tiga sebanyak 31 kes (0.31 peratus), kategori empat sebanyak 17 kes (0.17 peratus) dan kategori lima 17 kes (0.17 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 65 kes kategori tiga, empat dan lima, 21 kes (32.31 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 18 kes (27.69 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 26 kes (40.00 peratus) telah menerima dos penggalak,” katanya.

Selain itu, 33 kes (50.77 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 36 kes (55.38 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (1.54 peratus) ibu mengandung.

Mengulas lanjut, sebanyak 161 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat 22 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,363 kes serta sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,468 kes.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd