• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Pemandu Toyota C-HR Terlibat Langgar Lari

oleh AK-47
14/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : Polis sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Toyota C-HR berwarna merah yang terlibat dalam satu kejadian langgar lari dipercayai berlaku di sekitar bandar raya ini, pada 11 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesan kejadian berkenaan melalui satu rakaman video yang tular dalam media sosial, semalam.

Katanya, pemandu kenderaan telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Pada pukul 10 malam, 13 April lalu, polis mengesan satu video dalam laman Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) memaparkan sebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan langgar lari dengan sebuah motosikal.

“Hasil semakan mendapati, dua laporan polis telah dibuat bersangkut kes langgar lari yang pertama di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam manakala kejadian kedua di Persiaran Ledang, Iskandar Puteri pada 11 April, kira-kira pukul 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Terdahulu, tular dalam media sosial rakaman video berdurasi 34 dan 24 saat yang mana salah satu daripadanya menunjukkan kenderaan jenis Toyota C-HR berkenaan merempuh sebuah motosikal selepas melakukan pusingan U sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Sementara itu, video kedua pula memaparkan rakaman menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

-Utusan Malaysia

Tags: langgar laripolisToyota C-HR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd